Tuesday 30 October 2012

Dulu

Dulu kan..sebelum aku kenal Z..aku berkawan dengan mamat sorang ni..kita panggil dia M.Ada kat 3 tahun kitaorang berkawan..dia ni baik sebenarnya..tapi tak ku sangka rupanya ada masalah jiwa..

Dia gila attention tau..lepas tu cemburu tak tentu pasal..tak boleh dengar aku kawan dengan mana-mana lelaki confirm datang angin meroyan dia..Dulu dia selalu tidur rumah aku..macam dah tak ada rumah sendiri..asal cuti sem je nak lepak rumah..ada satu malam tu aku bergaduh dengan dia tapi tak ingatlah pasal apa..dia merajuk terus masuk bilik..malam yang sama papa pun gaduh gak dengan aunty..Aku dengan adik-adik lepak depan sambil layan papa cerita macam-macam..pasal aunty..kiranya sesi luah rasa la..adik-adik pun luah lah apa yang diorang tak puas hati bagai..oh lupa nak cakap..papa aku ni dia sporting tau..kalau kitaorang ada masalah ke..even hal cinta ke hal perempuan pun papa boleh dengar dan layan..aku,ayin n awin memang rapat sangat dengan papa..sebab tu apa2 jadi kitaorang mesti carik papa dulu..

Balik pada cerita tadi..tengah sedap kitaorang borak-borak siap gelak mengekek bagai tetiba dengar si mangkuk ni jerit...''Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!ada hantuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!''
Macam sial tak?papa pandang aku..aku pandang adik2..masing-masing cam tercengang..terus papa cakap,''apehal tu??dah nak mampus ke??"angin gila papa masa tu....
aku pergi tengok dia dalam bilik..dia siap wat aksi terketar-ketar peluk kaki atas katil bagai tunjuk kat tingkap cakap''syaiii.....i nampak hantuuu..''..perggghhhhhhhhh...kau tak agak-agak kannnnn nak cari perhatian....nak aku hadap muka kau sampai camni kau buat kan....ni bukan apa..dia sakit hati la kan..dia merajuk terperuk dalam bilik..aku tak layan..lepas tu dengar kitaorang tekpekik mengekek tak ingat dunia kat hall..nak carik perhatian punya pasal kau buat cerita nampak hantu kat bilik aku..2tahun aku tidur bilik tu aman damai tak penah pun kena kacau ni tetiba kau lak terkena kan....kau dah tebiat nak mamposs jangan susahkan aku boleh tak???sampai hari ni aku dah beranak 1  adik-adik aku still duk bahan aku pasal kes ni tau..cakap aku bengong berkawan dengan jantan tak siuman ..

Lepas tu bila papa ajak pergi kedai snooker kemain cergas kau berdiri siap nak tukar baju bagai..tadi kau jumpa hantuuuuu kannnnnn.....ni pehal lak semangat kau datang nak ikut papa..........hilang semua ketar2...elok jer berdiri tunggu papa kat depan..nampak sangat kan kau menipu..papa risau gila aku kawan dengan dia ni..dia takut aku pun terencat sama naik nanti...


eh k la..penat dah ni buhbye!

Monday 29 October 2012

Maklong

Perah otak..fikir apa nak ditulis..sambil telinga dengar lagu Ella..Dua insan bercinta..terus teringat maklong..zaman dia bercinta dulu bapak jiwang..tiap-tiap malam layan lagu leleh-leleh..masa tu XPDC tengah famaous lagu C.I.N.T.A..tiap-tiap malam weh maklong layan..paklong kasi kaset tu..kira lagu-lagu yang ada dalam tu ibarat luahan jiwa dia pada maklong la..waktu itu aku baru belajar ABC..duk terfikir apa punya bangang penyanyi ni..orang sebut A dulu..main hentam je terus C..dah la tak teratur turutan dia..tapi masa tu berani carut dalam hati je la..orang tengah angau kan..kau sibuk tegur kang ada juga makan penampar.

Dulu..asal maklong nak keluar dating je confirm aku ikut..dengan bekas tunang maklong pun ada je muka aku..bekas tunang maklong tu aku panggil Uncle Awang..dia ni misai bapak tebal..kulit hitam manis..kira macho habislah untuk maklong..tapi sumpah cakap..aku takut gila dengan dia ni..macam rasaksa pun ada..sanggup ni kalau keluar makan sama-sama kena lak dia duduk depan aku..confirm kepala pusing pandang belakang jer...dia suka tenung aku lama-lama..tak sanggup weh tengok muka dia..garang nak mamp..siap pesan kat maklong jangan kahwin dengan dia..haha..tapi jodoh tak panjang..aku tak pasti la putus pasal apa..tapi yang aku tahu dorang putus cara baik..even sampai sekarang..bila bulan puasa tak paklong mesti maklong pergi gerai dia beli kuih..

Bila maklong kawan dengan paklong..pun aku bangkang..aku cakap paklong tak hensem la..hitam la..bawak motor jer tak best la..macam-macam lah aku komplen..tapikan..deep inside..aku sebenarnya takut..takut kehilangan maklong..takut orang lain bawak maklong pergi..takut tak ada siapa nak jaga aku lagi macam yang maklong buat..sampai sekarang maklong tak tahu kenapa aku aku tak suka bila dia ada boyfriend..yang dia tahu tiap kali dia berkawan masa tu juga lah aku boikot habis-habisan..haha.. cemburu sebenarnya..tamakkan maklong..tapi paklong pandai ambil hati aku..dia selalu bawa pergi jalan-jalan.belanja
macam-macam..ada satu hari..dia park motor depan kedai nenek.seat motor tu terbuka..aku yang cerdik lagi bijak nak bereksperimen kononnya..ambil mancis..pasang api..sikit lagi nak campak dalam lubang petrol..terkejut beruk paklong..dari jauh dia menjerit siap pakej lari sekali.kalau tak ada orang perasan confirm aku dah arwah siap masuk paper..DAN...penghujung hari papa dapat tahu..apa lagi..berdebak berdebuk bapak aku debik depan belakang haha..

Akhirnya jodoh maklong berkekalan jugak dengan paklong..dorang bahagia sangat..cuma aku sedih..sedih sebab hingga ke hari ini..dorang masih lagi belum dikurniakan cahaya mata..rumah ada..kereta ada..pewaris tak ada..macam-macam cara dorang berubat..paklong pun sampai sanggup berhenti merokok takut kalau itu puncanya..dorang tetap tabah dan masih lagi sayang menyayangi macam dulu..maklong pernah cakap..dia redha..dia terima segalanya seadanya.. Dah 15tahun dorang berkahwin...aku harap ..jodoh dorang berkekalan hingga ke akhir hayat..biar mati jadi pemisah..


Tak tahu nak tulis apa lagi.




POSITIF

Its been awhile...slalu sangat hangat-hangat tahi ayam..harap kali ini tak macam dulu lagi..
Susah dowh nak positif sentiasa..jiwa semak jer..tapi aku harap sangat kali ni..betul-betul mengharap ni..aku boleh jadi kuat..berdiri kukuh..dan senyum selalu..serius..hidup jadi lagi semak bila kau asyik fikir negatif..macam dunia ni dah terbalik dan tak ada apa yang tinggal..aku belajar..dan sedar...aku kena cari matlamat.bila ada matlamat maknanya aku hidup bertujuan..bila hidup bertujuan..aku akan usaha untuk fokus..bila matlamat dan tujuan dah pun tercapai..mesti kau akan rasa puas..kejab..cop..puas?betul ke?
no..nononono....pada aku..masa tu la kau kena cari matlamat yang lain pula..bila satu dah berjaya tak bermakna takat tu jer hidup kau kan..kau mesti dahaga..kau akan cari lagi matlamat lain..dan proses tu akan berulang lagi..sebab apa?sebab kita ni manusia..tak pernah puas..dan tak akan puas..sentiasa mencari dan terus mencari..kau nak rasa klimaks tu lagi..sebab tu kau sanggup ulang the whole proses..tapi jujur..aku rasa lagi baik hidup macam itu..bila kau melanguk..hidup tak ada hala tuju..kau akan susahkan semua orang di sekeliling kau.sebab dorang sayang kau..mak ayah kau..laki kau..dorang semak tengok kau macam itu..pandangan aku..hidup biar bermatlamat..dan jangan lupa..dalam kau beria-ria kejar apa yang kau nak..jangan terlupa pada orang-orang yang sayangkan kau..kalau boleh jadikan dorang sekali diantara matlamat yang kau nak tuju..aku nak jadi orang yang baru..jiwa baru..pemikiran baru..semangat baru..umur dah nak masuk nombor baru..aku nak berubah..untuk orang yang amat aku sayang..dan.. aku menulis ni bukan untuk sesiapa..aku tuju pada diri sendiri..andai aku tersasar balik..kurang-kurang ada tempat aku nak refer nanti.



Tuesday 5 June 2012

Maafkan Mama

Hati seorang Mama.

Qai sayang,

Mama minta maaf atas apa yang terjadi malam tadi.Salah Mama nak.Mama yang cuai tak pandai jaga Qai.
Mama kesal dengan apa yang terjadi.Mama tak sanggup tengok Qai sakit.Pedihnya hati Mama Allah sahaja yang tahu.

Qai tahu tak,sepanjang perjalanan ke office air mata Mama mengalir tanpa henti.Terlalu kesal.Tapi dah terlambat.Mama tak lena tidur malam tadi.Mama temankan Qai,selimutkan Qai dan bagi Qai minum air.Mama perasan.kebelakangan ini,Qai selalu marah-marah dengan Mama.Qai macam tak suka dengan Mama.Mama sedih sayang.Tapi Mama cuba berfikiran positif.Mama harap perubahan ini cuma untuk sementara.

Qai sayang,

Mama terlalu sayangkan Qai.Teramat.Mama tak pernah sayangkan sesiapa sepertimana Mama sayangkan Qai.
Sayangnya Mama pada Qai tak dapat diukur.Mama tak mampu terjemahkan rasa sayang ini dalam bentuk kata-kata.Cuma Mama mengharap,Qai dapat rasakan betapa mendalamnya kasih Mama melalui pelukan dan belaian yang Mama berikan selama ini.


Mama.

Wednesday 23 May 2012

PMS

Hari ini mood tak ada langsung.Terbang ke mana pun tak tahu.Rasa sedih,marah dan risau bercampur baur.Banyak sangat hal yang bermain di fikiran.Rasa nak menjerit pun ada.Tapi risau juga kang orang dalam office ni ingat aku dah mental(ciri-ciri dah ada).

Hmm tak tahu nak update apa lagi. Bye.

Thursday 10 May 2012

Saat terciptanya Qaiser

Hampir saban hari aku akan bertekak dengan Z.Sikit-sikit emosi.Pantang salah cakap terus hati terguris.Air mata pun meleleh macam air terjun.Setiap kali Z jemput aku pulang lepas kerja pasti ada drama sepanjang perjalanan.Terlepas simpang uncle tua lori putih jual soya bean pun boleh jadi isu.Siap bentak-bentak menangis tak mahu makan gara-gara kau uncle soya.Aku tak nafikan,perangai dan sikap aku waktu itu dah macam perempuan sakai yang tak dapat diselamatkan lagi..Itu belum kira sampai-sampai rumah sahaja terus mencicit lari naik tangga masuk bilik.Tak tahan bau mama masak.Macam nak terkeluar isi perut segala.Tapi Z tetap sabar melayan kerenah aku .

Sampai satu hari,Z balik dan bagi aku satu plastik dan dalam tu ada alat ujian kehamilan.Jujur,itu bukan kali pertama.Hampir setiap bulan aku pergi farmasi untuk beli benda itu semata-mata.Tapi hasilnya hampa.(asal fail je fikir ''ni mesti salah seorang dari kitaorang mandul!'')

Aku cakap dengan Z aku tak nak buat lagi.Tak sanggup tengok result dia.Z pujuk aku baik-baik,dia suruh aku masuk toilet dan dia tunggu depan pintu.Keluar toilet aku tunjuk result dekat Z.Yang keluar cuma 'I'sahaja.
Kecewa jangan cakaplah,terus aku campak kit itu dalam tong sampah.Masa itu aku dah sedia nak turun bawah kononnya nak membawa hati yang lara.  Perlahan-lahan, Z pergi dekat tong sampah.Ambil balik kit itu dan letak atas kerusi.

Sekali Z cakap,''Dua line la B..''Muka dah memang tak boleh cover lagi.Terus tolak pintu pergi kat Z,''Bak sini orang nak tengok.''

Z dah balik.Nanti aku sambung lagi k?


p/s:poyo duhh..bukan ada orang baca pun....

Tuesday 8 May 2012

Jika diizinkan

Mudah-mudahan apa yang kita impikan dapat direalisasikan.
Segala usaha dan penat lelah yang kita tempuhi bakal terjawab nanti.

 Susah atau senang aku akan selalu ada disisi kau.
Macam selalu.
Seperti dulu.